BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 20, 2013

Susah nak senang, Senang nak susah


Those yang cakap life is easy obviously still living in lah-lah land. Especially life bila habis belajar, dicampak untuk berdikari dan mencari kerja seperti manusia-robot lain. Bila rasa tanggungjawab itu sudah tiba. Bila rasa taknak susahkan mak bapak dah. So here come my story. Saja nak share kisah kehidupan lampau yang bagi i agak susah tapi ramai lagi yang lagi teramat susah.

As some of you have known, my hometown is in Alor Star, Kedah. Saat habis belajar, memangla balik lepak kat kampung. Tapi kalau nak ikut selesa, senang, settle je kat kampung cari kerja di sana. But..as you know at small state macam Kedah tu peluang pekerjaan pun takla banyak sangat. Mostly kerja gomen je yang kita sedia maklum, susah nak masuk unless ada orang dalam. 

I think i stayed in Alor Star for about 2-3 weeks macam tu ja. Pastu naik bas gi KL. Because most of interviews i dapat dekat KL. So dari dok ulang alik back & forth, baik i dok umah pakcik i kat Ampang ja. Nasib baik di situ pasal ada pakcik yang teramat baik kat sana bagi tumpang, takdak la merempat. Lepas satu persatu interview, berpuluh-puluh resume sent,  tak membuahkan hasil i dah tak keruan. Interview jauh dekat semua redah. Naik taxi, tukar 2-3 bas, kena tipu pun ada..haihh dugaan sungguh! Lama-lama rasa bersalah tu tiba, i had to do something, find something to do, Mana boleh tumpang rumah orang lama-lama free of charge, dok lepak ja kan. Then my friend suruh kerja office pakcik dia kat Damansara. Jadi clerk ja dengan gaji amatla ciput, rasanya tak sampai RM500 pun. Yela, clerk untuk budak SPM ja kan, kat company kecik plak, takkan nak bagi gaji tinggi kot. Jadiiilaaa...janji tak kacau orang, ada duit untuk hidup. 

Bermula lah hidup sebagai buruh kasar. Morning rutin mengadap working crowds dan traffic jam. Dari Ampang nak pi Damnsara bukan dekat oiihh. Naik bas, naik LRT Star, tukar plak LRT Putra, naik plak feeder bus. Baru sampai ofis hang tau! Berpeluh la ketiak mengadap tu semua day in day out. Keluar pagi buta, balik malam buta, himpit dalam dengan mat indon and bangla for 1 hour everyday. 80% of salary pi kat tambang ja. Tinggal balance untuk survive ja. Beli lunch & dinner pun tak mampu. Baju kerja cumalah baju kurung zaman universiti 3-4 helai, dok recycle jela. Tapi memang bernasib baik la sangat, dok umah pakcik. Dapat makcik yang penyayang dan comel, tiap-tiap hari buatkan breakfast. Jadi pagi-pagi makan sket, and bawak penuh satu tupperware as bekal makan lunch. Kalau ada hari yang takdak bekal, turun bawah cari kuih ja pasal memang tak mampu nak beli nasi untuk lunch. Imagine for 3 month plus i keja kat Damansara, takde sekali pun i turun makan lunch like normal working people. Memang tak mampu. For dinner, i taknak kacau pakcik & makcik i, coz diorang memang tak dinner, so i beli 1 bar of Cadbury choc to survive all weeks. Everyday makan satu baris. Kalau lapaq sangat baru singgah beli burger. Ada one time tu, handphone i rosak. Memang takleh nak guna, takdak handphone susah la kan. So i call my dad mintak pinjam duit RM200 beli handphone. Menangis meleleh2 ayaq mata time call tu..pasal rasa bersalah menyusahkan my dad. Walaupun dia tak kisah pun, dia memang ada duit tu..but still rasa sebak.  

Haihh..bila pikir balik macam kesian sangat je kan. Kerja bukan pasal duit sangat. Cuma pasal nak berdikari takmau kacau orang ja. Takmau lepak rumah orang sampai orang meluat. Nak  gain experience kerja. After 3 months, Alhamdulillah i dapat kerja kat syarikat saham in SS2, PJ. Jauh jugak but more salary this time, so takdakla rasa azab sangat. I pindah from Ampang to Cheras. Stay with my best friend and also my colleague. Easier, because she drives, so tumpang dia jela. Untill my beloved grandfather give me his car. A maroon Perodua Kelisa. Punyala syok tak terkata. Selesai banyak masalah. 

Till now, i still work in stock market, in fact in the same company. Life was easier and organized. Ini belum cerita time memula kahwin dulu macam mana nak survive dan seksa nya sampai nangis. That is for another post. Kerja ka..kahwin ka...it is not as easy and happily ever after like what you see in tv or any idealistic perception you had in your mind. Life started to gives you shit when you started taking responsibility.

Thinking what i went through back then make me appreciate my life now. So when i see youngsters or fresh graduates complains and yet still living comfortably with their parents, sipping Starbucks and playing with latest smartphone while instagram-ing having lunch at posh/hip cafe, discussing on next trip to oversea via AirAsia, i betul geleng kepala. You all had it easy lah. I tak cakap semua budak sekarang macam tu, only that those yang complain itu ini tend to be yang jenis itu. Living life now or 10 to 20 years  ago is the same. Takdenya you dulu senang sekarang susah. Cuba tanya orang dulu, cari kerja macam mana. Ada degree oversea pun gaji RM500 ja. Barang dulu memang murah, but gaji pun murah jugak. Always remember, no one owes you a life, except you. Sekian :)


Wednesday, November 6, 2013

Another 32nd Birthday

I tak pernah pun update pasal husband punya birthday kan? Hehehe...asyik story pasal birthday sendiri je, over betol. This year i decided to share on what we did on my husband's birthday. 

Both my kids are wise enough to know what birthday is so i decided to get them involve. We do almost everything together like suggesting birthday presents, wrapping the presents, 'bake' the cake and all the usual stuff people do on birthdays to make it memorable for them. 

Started by suggesting the gifts. Actually ada penipuan di situ because husband already knew what i am going to give him, in fact he is the one who bought it (using my money of course) and handed it to me to be wrapped. My kids taktau yang bapak diorang dah tau, so when Adam asked his bapak what he wanted for his birthday, my husband will said "Nintendo 3ds". Knowing that i rejected the idea when my husband told me this last time, Adam replied to my husband "Hmm, mak takkan beli punya, mahal tau tak". So on the day i wrap the gifts Adam found out that it is actually what his bapak wanted. But i warned him not to tell and make it as a surprise. Well...Adam being kepo and memang tak pandai simpan rahsia, dengar je bunyi pintu buka when bapak dia balik keja, terus lari sua muka kat celah pintu, whispered to my husband "Mak beli hadiah Nintendo 3ds kat bapak". Haihhh....hopelesss!!!! Nasibla bapak dia memang dah tahu, dia gelak jela tengok anak dia yang kepo tu. Me, knowing my son better, did not tell him about what another gift was. 

 I lupa beli wrapping paper, balut pakai Astro magazine je. Look at the message Adam wrote. "Adam dan Dania bagi bapak"..literally! Hehehehe..

Next thing is baking. Well not actually baking la. I do not have an oven. So i opt fo a non-bake oreo cheesecake. A recipe i found on youtube. Senang je, orang yang macam i, more than 10yrs tak bake pun boleh buat. Walaupun tak jadi sangat. Tak jadi pasal my kids terlebih rajin pecahkan biskut marie lebih, resulted to the butter added not enaough to make them stick together. So berderai la base kat bawah oreo cheesecake tu. Nevertheless, still sedap...cuma tak cantik. Tak cantik pasal i bijak sangat guna pinggan lebar, so cheesecake filling to nipis je, patutnya tebal. Hahahaa... I include the youtube video of the oreo cheesecake below.

 



 Semangat diorang ni amik peluang sibuk-sibuk di dapur. A good experience for them.

Rupa end product. Okla kannn, hasil 3 tangan. Macam nak sama je dengan kat dalam youtube tu kann??

Haa...luaran memang la nak sama. Dah potong amek ko, berterabuq crushed cookies kat bawah tu. Very not presentable. Tapi yang penting sedap. Hehehe.

Most important thing was...the birthday-man was happy and glad we did it all wholeheartedly.

Happy 32nd birthday sayang!
Even though you are younger (by months) than me, i still much more cuter than you! :-P