BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 23, 2016

Perkara Fashion Blogger Malaysia Harus Tahu



Memilih kerjaya sebagai fashion blogger bukanlah satu kerjaya yang mudah seperti yang anda sangkakan. Mungkin ramai diantara anda yang menganggap kerjaya sebagai penulis atau blogger merupakan satu kerjaya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, penting untuk anda ketahui bahawa, keupayaan untuk menulis satu risalah atau artikel yang menarik bukanlah satu perkara yang mudah. 

Mungkin sesiapa sahaja boleh menulis, tetapi untuk menulis satu bahan yang menarik memerlukan bakat dan minat yang mendalam. 

Oleh itu, jika anda mempunyai impian untuk memulakan kerjaya sebagai seorang penulis atau fashion blogger Malaysia, berikut merupakan beberapa perkara yang harus anda ketahui dan jadikan panduan;

 
  1. Untuk menulis mengenai fesyen, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai bidang fesyen. Oleh itu, banyakkan membaca majalah-majalah yang berkaitan dengan dengan fesyen dan gunakan internet untuk mengetahui perkembangan trend fesyen terkini. Tanpa pengetahuan yang cukup atau ‘strong knowledge’, anda pasti tidak boleh menulis dengan baik. 
     
  2. Selain mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai dunia fesyen, anda juga harus betul-betul meminati bidang fesyen. Tanpa minat yang mendalam, sukar untuk anda menjadi seorang penulis yang baik.

3.  Seterusnya, anda juga harus bijak bereksperimen trend-trend fesyen yang terkini. Tetapi, hati-hati jangan sampai anda menjadi mangsa fesyen!  

4. Tonton rancangan fesyen di TV atau hadiri majlis-majlis yang berkaitan dengan fesyen untuk anda mempunyai pengalaman secara langsung dalam dunia fesyen.




No comments:

Post a Comment