Salam Ramadhan, apa khabar! Haih, lama kan i diam tak update blog (macam orang heran pun kan!). Malas sebenarnya. Banyak dah draft yang compose half way, tiba-tiba uninspired nak sambung. Nothing much to tell. Hidup i biasa-biasa je. Masalah mak-mak zaman sekarang, takdak drama swasta untuk dikongsi.
But..since it is fasting month. Nak jugak la update. Macam mana puasa korang semua? Harap lebih manfaat dari tahun-tahun sebelum ni. Me, okla macam biasa. Come, i share here my routine during this ramadhan month.
Hajatnya nak kumpul sebanyak mungkin pahala yang berganda sempena bulan yang mulia ni. Berazam nak baca quran sebanyak mungkin dan pegi terawih. Tapi ada kala letih la jugak, especially bila keja kat office banyak. Balik keja terus ke pasar ramadhan beli juadah bebuka. Yes, i jenis emak yang tidak masak untuk bebuka pasal agak tak praktikal dengan letih dan kalutnya lepas balik keja nak bersilat bagai memasak. Sampai rumah cepat-cepat mandi, solat dan prepare hidang makanan. Lepas bebuka kena layan si kecik plak suap dia makan bagi perabih (pasal time orang sibuk makan, dia main-main). Kemas cuci calat semua, solat maghrib, ajar my son iqra' seround pastu pegi terawih. Kalau malam tu tak pegi terawih i make sure baca sket quran. After terawih dah macam nak pensan dah sebenarnya, tapi degil takmau tido lagi pasal nak tengok tv or sidai baju dan lipat baju. Pastu kekadang prepare benda nak masak untuk sahur (usually goreng mihun/nasi/mi/koayteow). Pum pang pum pang dah pukul 12am. Letak badan kat katil terus tido, time tu tak pasti anak dah tido ke belum, tak sedar apa dah. Bangun sahur pukul 5am. Lepas makan kemas semua, solat subuh pastu spend time baca quran sket, then tido balik dalam 6.30am. Since my office is just 10 mins drive, i have the luxury to wake up a bit late. Wake up at 7.30am, siapkan si Adam pegi sekolah, siapkan diri sendiri then off to send Adam to school, send Dania to her nanny and force myself to work.
Haa....panjang lebar pulak dok explain rutin sepanjang ramadhan kan. Macam la ada orang tanya pun kannn..hehehehe. Jangan tanya la berat dah turun ke belum setelah berbelas hari puasa. Memang confirm tak turun, i pun taktau lemak apa i bela, susah sangat nak kikis. Well..nevermind, i takde nak pakai kebaya, peplum or baju pesyen-pesyen, so body tak melentik pun tak heran.
This year color theme is light blue. Warna yang akan nampak i lagi lebar. Kita tengok hasilnya dalam gambar raya nanti ye. Seriously, i don't give a hoot how i look like. Hahaha!
Biskut pun dah tempah. Dok order sana sini baru realized banyak jenis rupanya biskut raya tahun ni. Nanti i tayang kat blog ok, right now tak dapat lagi semua biskut.
Oh ya, this year we raya kat Sarawak. Oh my, imagine the weight i will gain by eating all those kek sarawak. Haihhhhh!
That's all dear. Just a long update on my ramadhan, if you all bother to read. If you all miss me and want me to blog more frequent, just leave comment (more likely none will do..hehehe).
Till next time when i will merepek again about some random stuff. Maybe a hari raya update. Asslamualaikum & selamat berpuasa!