BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 24, 2016

Miscarriage Experience

Sebelum ni i pernah janji nak cerita pasal my miscarriage kan? It was one memorable experience for me. I was actually kind of traumatized by it. It was nothing like what i expected i would feel, physically or emotionally. That is why i want to make a post in my blog, untuk kenangan and sharing. Expect this post to be a really looooong one. Kalau rajin baca la ye.

Me and husband been trying for baby no.3 for more than a year, since my second daughter was 4 years old. My last effort was the ovulation test. With this ovulation detector at least we know when is the right time to consumate. Nak jadikan cerita i finally got pregnant. My period was late, and i was in process of moving house. I was ecstatic when i found out i was pregnant, i think dah dekat 2 bulan time tu. Since we were busy nak pindah rumah, i delayed appointment with doctor. Lagipun fikir awal lagikan, bukan nampak apa pun, i was fine on my last 2 pregnancy so i was confident with the 3rd one.

Bezanya pregnancy ni is the nausea. Mual, muntah and tak lalu makan. And i lost weight. Mungkin jugak sebab stress pindah rumah. I was thinking that time, nausea is a good sign. Means the baby is ok. How wrong i was kannn??

Now come my first pregnancy check ups. I was 3 months plus that time. But the scan showed i was only at 6 weeks. And no heartbeat or movement. Just a sight of the sac. Being positive, doctor said maybe it was too early. Next appointment is another 2 weeks, to see whether there is any development. He didn't mention about the baby not being there, thus both of us never thought it would happen. We still think i was pregnant, only miscalculated the period and it was too early.

Ni contoh empty sac yang nampak time scan.

Then came the bleeding. I was at work, in a toilet lepas basuh i wipe with tissue and i saw some stains on it. It was light colored blood. Macam lendir pun ada. I was panicked. What can it beeee???? Haritu rasanya dekat 10x masuk toilet kot nak check. Everytime i wipe there is blood, tapi takdela banyak macam darah menstrual tu. Told my husband, dia cakap mungkin temporary je kot. Yes sometime it happens during early pregnancy, i googled it. Tapi hati mana tak risau kan. Gundah gulana je rasa, semua kawan yang pernah go through miscarriage i tanya. The worries got really tense after few days when lagi banyak darah keluar. Tapi punyala degil tak pegi jugak jumpa doc. Entahla mungkin i was afraid if my biggest fear is true.

The truth finally known bila visit my doc on next appointment. The scan showed no progess. Only empty sac. No baby inside. Doc cakap 'rumah dah siap tapi baby tak jadi'. Sedihnya time tu. My husband lagila mood berubah because he didn't expect it.  He did not talk much on our way back home. Kenala terima takdir kan. Takde rezeki lagi. Time tu dok fikir aku ni dah ada 2 anak pun feel distraught, how la couple yang belum ada anak rasa kalau miscarriage kan.

Doc bagi options, buat d&c (cuci rahim), tunggu je benda tu turun keluar sendiri or makan pil paksa keluar. Time tu masih lagi terkejut dan blur, i cakap je nak tunggu. So doc suruh wait for 2 weeks. I read that if your body is healthy benda tu akan turun sendiri, its like your body will automatically get rids if the unwanted stuff in your body.

Dalam seminggu tu dah turun darah macam period. One day tu banyak sangat flow dia. I was at work that time. Rasa heavy flow je time tu, terus lari gi toilet nak check. Tengah panjat tangga tu rasa macam meleleh kat kaki. Masuk dalam toilet masyaAllah dah horror keadaan time tu. The blood was soooo many, my pants was drenched with blood. Ada jugak ketulan macam hati ayam berterabur kat lantai toilet. Wahhh....seramnya time tu. Terus minta kat boss nak balik rumah.

Got medical leave for 2 weeks. Alhamdulillah benda tu turun keluar semuanya tanpa perlu go through d&c. Proses keluar tu took about 1 week, ada hari sakit macam you are having massive period cramp. Tapi sakit lagi contraction nak beranak. So sakit ni takde apa sangat la banding sakit setengah mati nak beranak tu. Hahahaha.

Emotionally i was traumatized and blaming myself. Yela time tu letih pindah rumah, angkat barang and cuci rumah semua. Doc said it wasn't because of that. Tapi tetap rasa bersalah. The experience memang takleh lupa. But takdela trauma sampai taknak buat anak dah.

Nak jadi cerita, lepas 1st period after miscarriage tu i got pregnant again. Means 2 months after my miscarriage. This time memang hati-hati la. Awal2 lagi dah gi jumpa doc. And now i am 32weeks pregnant and my edd is on 17th May. I am expecting another boy. Please pray for us ya.

Tak sabar nak tunggu new baby. This is his blanket that i knit myself.

Wednesday, March 23, 2016

Perkara Fashion Blogger Malaysia Harus Tahu



Memilih kerjaya sebagai fashion blogger bukanlah satu kerjaya yang mudah seperti yang anda sangkakan. Mungkin ramai diantara anda yang menganggap kerjaya sebagai penulis atau blogger merupakan satu kerjaya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, penting untuk anda ketahui bahawa, keupayaan untuk menulis satu risalah atau artikel yang menarik bukanlah satu perkara yang mudah. 

Mungkin sesiapa sahaja boleh menulis, tetapi untuk menulis satu bahan yang menarik memerlukan bakat dan minat yang mendalam. 

Oleh itu, jika anda mempunyai impian untuk memulakan kerjaya sebagai seorang penulis atau fashion blogger Malaysia, berikut merupakan beberapa perkara yang harus anda ketahui dan jadikan panduan;

 
  1. Untuk menulis mengenai fesyen, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai bidang fesyen. Oleh itu, banyakkan membaca majalah-majalah yang berkaitan dengan dengan fesyen dan gunakan internet untuk mengetahui perkembangan trend fesyen terkini. Tanpa pengetahuan yang cukup atau ‘strong knowledge’, anda pasti tidak boleh menulis dengan baik. 
     
  2. Selain mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai dunia fesyen, anda juga harus betul-betul meminati bidang fesyen. Tanpa minat yang mendalam, sukar untuk anda menjadi seorang penulis yang baik.

3.  Seterusnya, anda juga harus bijak bereksperimen trend-trend fesyen yang terkini. Tetapi, hati-hati jangan sampai anda menjadi mangsa fesyen!  

4. Tonton rancangan fesyen di TV atau hadiri majlis-majlis yang berkaitan dengan fesyen untuk anda mempunyai pengalaman secara langsung dalam dunia fesyen.