Those yang cakap life is easy obviously still living in lah-lah land. Especially life bila habis belajar, dicampak untuk berdikari dan mencari kerja seperti manusia-robot lain. Bila rasa tanggungjawab itu sudah tiba. Bila rasa taknak susahkan mak bapak dah. So here come my story. Saja nak share kisah kehidupan lampau yang bagi i agak susah tapi ramai lagi yang lagi teramat susah.
As some of you have known, my hometown is in Alor Star, Kedah. Saat habis belajar, memangla balik lepak kat kampung. Tapi kalau nak ikut selesa, senang, settle je kat kampung cari kerja di sana. But..as you know at small state macam Kedah tu peluang pekerjaan pun takla banyak sangat. Mostly kerja gomen je yang kita sedia maklum, susah nak masuk unless ada orang dalam.
I think i stayed in Alor Star for about 2-3 weeks macam tu ja. Pastu naik bas gi KL. Because most of interviews i dapat dekat KL. So dari dok ulang alik back & forth, baik i dok umah pakcik i kat Ampang ja. Nasib baik di situ pasal ada pakcik yang teramat baik kat sana bagi tumpang, takdak la merempat. Lepas satu persatu interview, berpuluh-puluh resume sent, tak membuahkan hasil i dah tak keruan. Interview jauh dekat semua redah. Naik taxi, tukar 2-3 bas, kena tipu pun ada..haihh dugaan sungguh! Lama-lama rasa bersalah tu tiba, i had to do something, find something to do, Mana boleh tumpang rumah orang lama-lama free of charge, dok lepak ja kan. Then my friend suruh kerja office pakcik dia kat Damansara. Jadi clerk ja dengan gaji amatla ciput, rasanya tak sampai RM500 pun. Yela, clerk untuk budak SPM ja kan, kat company kecik plak, takkan nak bagi gaji tinggi kot. Jadiiilaaa...janji tak kacau orang, ada duit untuk hidup.
Bermula lah hidup sebagai buruh kasar. Morning rutin mengadap working crowds dan traffic jam. Dari Ampang nak pi Damnsara bukan dekat oiihh. Naik bas, naik LRT Star, tukar plak LRT Putra, naik plak feeder bus. Baru sampai ofis hang tau! Berpeluh la ketiak mengadap tu semua day in day out. Keluar pagi buta, balik malam buta, himpit dalam dengan mat indon and bangla for 1 hour everyday. 80% of salary pi kat tambang ja. Tinggal balance untuk survive ja. Beli lunch & dinner pun tak mampu. Baju kerja cumalah baju kurung zaman universiti 3-4 helai, dok recycle jela. Tapi memang bernasib baik la sangat, dok umah pakcik. Dapat makcik yang penyayang dan comel, tiap-tiap hari buatkan breakfast. Jadi pagi-pagi makan sket, and bawak penuh satu tupperware as bekal makan lunch. Kalau ada hari yang takdak bekal, turun bawah cari kuih ja pasal memang tak mampu nak beli nasi untuk lunch. Imagine for 3 month plus i keja kat Damansara, takde sekali pun i turun makan lunch like normal working people. Memang tak mampu. For dinner, i taknak kacau pakcik & makcik i, coz diorang memang tak dinner, so i beli 1 bar of Cadbury choc to survive all weeks. Everyday makan satu baris. Kalau lapaq sangat baru singgah beli burger. Ada one time tu, handphone i rosak. Memang takleh nak guna, takdak handphone susah la kan. So i call my dad mintak pinjam duit RM200 beli handphone. Menangis meleleh2 ayaq mata time call tu..pasal rasa bersalah menyusahkan my dad. Walaupun dia tak kisah pun, dia memang ada duit tu..but still rasa sebak.
Haihh..bila pikir balik macam kesian sangat je kan. Kerja bukan pasal duit sangat. Cuma pasal nak berdikari takmau kacau orang ja. Takmau lepak rumah orang sampai orang meluat. Nak gain experience kerja. After 3 months, Alhamdulillah i dapat kerja kat syarikat saham in SS2, PJ. Jauh jugak but more salary this time, so takdakla rasa azab sangat. I pindah from Ampang to Cheras. Stay with my best friend and also my colleague. Easier, because she drives, so tumpang dia jela. Untill my beloved grandfather give me his car. A maroon Perodua Kelisa. Punyala syok tak terkata. Selesai banyak masalah.
Till now, i still work in stock market, in fact in the same company. Life was easier and organized. Ini belum cerita time memula kahwin dulu macam mana nak survive dan seksa nya sampai nangis. That is for another post. Kerja ka..kahwin ka...it is not as easy and happily ever after like what you see in tv or any idealistic perception you had in your mind. Life started to gives you shit when you started taking responsibility.
Thinking what i went through back then make me appreciate my life now. So when i see youngsters or fresh graduates complains and yet still living comfortably with their parents, sipping Starbucks and playing with latest smartphone while instagram-ing having lunch at posh/hip cafe, discussing on next trip to oversea via AirAsia, i betul geleng kepala. You all had it easy lah. I tak cakap semua budak sekarang macam tu, only that those yang complain itu ini tend to be yang jenis itu. Living life now or 10 to 20 years ago is the same. Takdenya you dulu senang sekarang susah. Cuba tanya orang dulu, cari kerja macam mana. Ada degree oversea pun gaji RM500 ja. Barang dulu memang murah, but gaji pun murah jugak. Always remember, no one owes you a life, except you. Sekian :)